Penulisan Jurnal
Minggu : 3
Tarikh : 4/7/2011 hingga 8/7/2011
1. Isu dan permasaalahan
Pada minggu ini masalah yang perlu diberi perhatian ialah ke arah menyelesaikan masalah kanak-kanak yang tidak dapat mewarna dengan baik seperti mewarna tidak memenuhi ruang, tidak searah dan mewarna keluar dari garisan, Daripada 12 orang kanak-kanak hanya 3 orang sahaja yang boleh mewarna menepati ciri-ciri yang di kehendaki.
2. Dari pihak guru
Mengenal warna adalah perkara asas yang perlu di ketahui oleh kanak-kanak. Sepatutnya saya memberi gambar yang bersaiz kecil untuk memudahkan kanak-kanak mewarna dan dapat menyiapkan mengikut waktu yang ditetapkan.
Di samping itu juga perlu di pamerkan contoh gambar yang telah di warnakan dengan teknik mewarna yang betul,
Dari pihak kanak-kanak
Ada di antara kanak-kanak yang masih tidak mengenali warna. Terutama kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan mereka belum menguasai sepenuhnya kemahiran koordinasi mata tangan. Apabila di beri penerangan mengenai cara-cara mewarna, ada di antara kanak-kanak ini tidak ambil peduli apa yang di perkatakan. Apabila mewarna, mereka akan mewarna dengan sesuka hati, banyak berbual dan menyebabkan hasil kerjanya tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki.
3. Alternatif untuk penyelesaian atau penambahbaikkan
Untuk mengatasi masalah ini kaedah yang digunakan ialah dengan memberi bimbingan secara individu. Kanak-kanak sentiasa di beri bimbingan tentang memilih warna, supaya sesuai dengan gambar yang akan diwarnakan. Guru mengajar teknik mewarna yang betul supaya kanak-kanak lebih mahir. Perbincangan dengan ibu bapa juga di adakan supaya mereka boleh memantau ketika anak-anak mewarnakan gambar ketika di rumah.
4. Perihal kejayaan
Pelbagai usaha dilakukan supaya kanak-kanak boleh mewarna gambar mengikut ciri-ciri yang dikehendaki. Bagi kanak-kanak yang sudah menguasai kemahiran mewarna, guru cuba mengajar mereka supaya melukis gambar-gambar pada lukisan asal untuk memberi kelainan dan meningkatkan daya kreativiti mereka. Potensi diri dan bakat kanak-kanak akan dapat dicungkil dengan memberi pendedahan yang sedemikian.
5. Tindakan susulan
Tindakan susulan yang akan dilakukan ialah dengan memberi latihan mewarna yang lebih di mana guru sentiasa memberi bimbingan. Guru menjangkakan dalam masa 3 minggu kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran mewarna akan dapat mewarna gambar dengan betul iaitu memenuhi ruang, searah dan tidak keluar dari garisan.
No comments:
Post a Comment