Showing posts with label Jurnal. Show all posts
Showing posts with label Jurnal. Show all posts

Friday, 8 July 2011

PENULISAN JURNAL MINGGU: 3


Penulisan Jurnal
Minggu : 3
Tarikh : 4/7/2011 hingga 8/7/2011

1. Isu dan permasaalahan
                Pada minggu ini masalah yang perlu diberi perhatian ialah ke arah menyelesaikan masalah kanak-kanak yang tidak dapat mewarna dengan baik seperti mewarna tidak memenuhi ruang, tidak searah dan mewarna keluar dari garisan, Daripada 12 orang kanak-kanak hanya 3 orang sahaja yang boleh mewarna menepati ciri-ciri yang di kehendaki.

2. Dari pihak guru
              Mengenal warna adalah perkara asas yang perlu di ketahui oleh kanak-kanak. Sepatutnya  saya memberi gambar yang bersaiz kecil untuk memudahkan kanak-kanak mewarna dan dapat menyiapkan mengikut waktu yang ditetapkan.
Di samping itu juga perlu di pamerkan contoh gambar yang telah di warnakan dengan teknik mewarna yang betul,
   
Dari pihak kanak-kanak
                Ada di antara kanak-kanak yang masih tidak mengenali warna. Terutama kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan mereka belum menguasai sepenuhnya kemahiran koordinasi mata tangan. Apabila di beri penerangan mengenai cara-cara mewarna, ada di antara kanak-kanak ini tidak ambil peduli apa yang di perkatakan. Apabila mewarna, mereka akan mewarna dengan sesuka hati, banyak berbual dan menyebabkan hasil kerjanya tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki.
3. Alternatif untuk penyelesaian atau penambahbaikkan
          Untuk mengatasi masalah ini kaedah yang digunakan ialah dengan memberi bimbingan secara individu. Kanak-kanak sentiasa di beri bimbingan tentang memilih warna, supaya sesuai dengan gambar yang akan diwarnakan. Guru mengajar teknik mewarna yang betul supaya kanak-kanak lebih mahir. Perbincangan dengan ibu bapa juga di adakan supaya mereka boleh memantau ketika anak-anak mewarnakan gambar ketika di rumah.
 4. Perihal kejayaan
         Pelbagai usaha  dilakukan  supaya kanak-kanak boleh mewarna gambar mengikut ciri-ciri yang dikehendaki. Bagi kanak-kanak yang sudah menguasai kemahiran mewarna, guru cuba mengajar mereka supaya melukis gambar-gambar  pada lukisan asal untuk memberi kelainan dan meningkatkan daya kreativiti mereka. Potensi diri dan bakat kanak-kanak akan dapat dicungkil dengan memberi pendedahan yang sedemikian.
5. Tindakan susulan
        Tindakan susulan yang akan dilakukan ialah dengan memberi latihan mewarna yang lebih di mana guru sentiasa memberi bimbingan. Guru menjangkakan dalam masa 3 minggu kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran mewarna akan dapat mewarna gambar dengan betul iaitu memenuhi ruang, searah dan tidak keluar dari garisan.

Thursday, 30 June 2011

JURNAL : Minggu 2


Penulisan Jurnal
Praktikum Minggu: 2
Tarikh : 27/6/2011 hingga 1/7/2011

1. Isu dan permasalahan
          Isu yang ingin saya ketengahkan pada minggu ini ialah isu disiplin kanak-kanak prasekolah. Sememangnya tidak logik untuk memperkatakan soal disiplin kanak-kanak seawal usia 4,5 dan 6 tahun, tetapi ini adalah menjadi masalah yang besar jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya.  Disiplin membawa definisi sebagai kepatuhan (kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan), kesetiaan atau ketaatan atau dengan kata lain disiplin bermaksud tatatertib.
         Disiplin mesti dibentuk seawal usia lagi supaya seorang individu itu mempunyai garis panduan kepada setiap apa yang hendak dilakukan. Disiplin kanak-kanak adalah bermula dari didikan ibu bapa di rumah lagi. Seterusnya disambung oleh guru di setiap peringkat persekolahan. 

2.  Punca dan sebab-sebab
Dari pihak ibu bapa
        Ada segelintir ibu bapa yang sangat memanjakan anak mereka dari awal lagi. Apa sahaja yang anak ingin lakukan tidak dihalang dan menuruti sahaja kehendak mereka. Ini menyebabkan anak-anak mereka merasakan apa sahaja yang mereka lakukan adalah benar belaka.
       Ibu bapa yang sibuk dengan urusan kerja dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka.

Dari pihak guru
        Di sekolah guru pula memainkan peranan penting bagi mendidik disiplin kanak-kanak. Pada hari pertama persekolahan lagi, guru boleh menanam disiplin pada kanak-kanak, contoh cara menyusun kasut, beratur ketika merngambil makanan dan lain-lain.
        Guru lambat bertindak, iaitu merujuk kepada peraturan-peraturan sekolah. Perkara yang amat penting ialah menerangkan disiplin di sekolah pada sesi persekolahan yang baru bermula.
        Guru tidak tegas, seorang guru harus menunjukkan ketegasan pada kanak-kanak tetapi haruslah bersikap penyayang.
Dari pihak murid
        Kanak-kanak itu sendiri tidak tahu apa itu disiplin. Kanak-kanak tersebut terlalu agresif dan tiada penumpuan.

3. Alternatif untuk penyelesaian atau penambahbaikan
        Penyelesaian terhadap masalah disiplin kanak-kanak tabika yang saya cuba untuk laksanakan haruslah bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
       Beri nasihat. Saya akan memberi nasihat kepada kanak-kanak yang suka membelakangkan disiplin. Nyatakan kepada mereka mengapa tidak boleh buat itu dan apa sebabnya. Apa yang sepatutnya di lakukan.
       Beri hukuman. Atau dendaan pada kanak-kanak yang suka melanggar disiplin. Tetapi mesti bersebab.
       Pengasingan. Denda mereka berdiri pada satu sudut dan nyatakan mengapa mereka dikenakan pengasingan.


4. Perihal kejayaan
        Kanak-kanak pada usia ini, kadang-kadang bertindak di luar kawalan. Oleh itu sebarang tindakan haruslah disertakan dengan punca dan sebab mengapa ianya dilaksanakan.

5. Tindakan susulan
        Saya akan cuba menerapkan disiplin yang baik kepada anak-anak didik saya. Nyatakan kepada mereka bahawa disiplin mampu membentuk mereka menjadi pelajar yang cemerlang, ada keyakinan diri dan dipandang baik oleh semua orang.