Thursday 30 June 2011

JURNAL : Minggu 2


Penulisan Jurnal
Praktikum Minggu: 2
Tarikh : 27/6/2011 hingga 1/7/2011

1. Isu dan permasalahan
          Isu yang ingin saya ketengahkan pada minggu ini ialah isu disiplin kanak-kanak prasekolah. Sememangnya tidak logik untuk memperkatakan soal disiplin kanak-kanak seawal usia 4,5 dan 6 tahun, tetapi ini adalah menjadi masalah yang besar jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya.  Disiplin membawa definisi sebagai kepatuhan (kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan), kesetiaan atau ketaatan atau dengan kata lain disiplin bermaksud tatatertib.
         Disiplin mesti dibentuk seawal usia lagi supaya seorang individu itu mempunyai garis panduan kepada setiap apa yang hendak dilakukan. Disiplin kanak-kanak adalah bermula dari didikan ibu bapa di rumah lagi. Seterusnya disambung oleh guru di setiap peringkat persekolahan. 

2.  Punca dan sebab-sebab
Dari pihak ibu bapa
        Ada segelintir ibu bapa yang sangat memanjakan anak mereka dari awal lagi. Apa sahaja yang anak ingin lakukan tidak dihalang dan menuruti sahaja kehendak mereka. Ini menyebabkan anak-anak mereka merasakan apa sahaja yang mereka lakukan adalah benar belaka.
       Ibu bapa yang sibuk dengan urusan kerja dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka.

Dari pihak guru
        Di sekolah guru pula memainkan peranan penting bagi mendidik disiplin kanak-kanak. Pada hari pertama persekolahan lagi, guru boleh menanam disiplin pada kanak-kanak, contoh cara menyusun kasut, beratur ketika merngambil makanan dan lain-lain.
        Guru lambat bertindak, iaitu merujuk kepada peraturan-peraturan sekolah. Perkara yang amat penting ialah menerangkan disiplin di sekolah pada sesi persekolahan yang baru bermula.
        Guru tidak tegas, seorang guru harus menunjukkan ketegasan pada kanak-kanak tetapi haruslah bersikap penyayang.
Dari pihak murid
        Kanak-kanak itu sendiri tidak tahu apa itu disiplin. Kanak-kanak tersebut terlalu agresif dan tiada penumpuan.

3. Alternatif untuk penyelesaian atau penambahbaikan
        Penyelesaian terhadap masalah disiplin kanak-kanak tabika yang saya cuba untuk laksanakan haruslah bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
       Beri nasihat. Saya akan memberi nasihat kepada kanak-kanak yang suka membelakangkan disiplin. Nyatakan kepada mereka mengapa tidak boleh buat itu dan apa sebabnya. Apa yang sepatutnya di lakukan.
       Beri hukuman. Atau dendaan pada kanak-kanak yang suka melanggar disiplin. Tetapi mesti bersebab.
       Pengasingan. Denda mereka berdiri pada satu sudut dan nyatakan mengapa mereka dikenakan pengasingan.


4. Perihal kejayaan
        Kanak-kanak pada usia ini, kadang-kadang bertindak di luar kawalan. Oleh itu sebarang tindakan haruslah disertakan dengan punca dan sebab mengapa ianya dilaksanakan.

5. Tindakan susulan
        Saya akan cuba menerapkan disiplin yang baik kepada anak-anak didik saya. Nyatakan kepada mereka bahawa disiplin mampu membentuk mereka menjadi pelajar yang cemerlang, ada keyakinan diri dan dipandang baik oleh semua orang.


No comments:

Post a Comment