Friday, 8 July 2011

PENULISAN JURNAL MINGGU: 3


Penulisan Jurnal
Minggu : 3
Tarikh : 4/7/2011 hingga 8/7/2011

1. Isu dan permasaalahan
                Pada minggu ini masalah yang perlu diberi perhatian ialah ke arah menyelesaikan masalah kanak-kanak yang tidak dapat mewarna dengan baik seperti mewarna tidak memenuhi ruang, tidak searah dan mewarna keluar dari garisan, Daripada 12 orang kanak-kanak hanya 3 orang sahaja yang boleh mewarna menepati ciri-ciri yang di kehendaki.

2. Dari pihak guru
              Mengenal warna adalah perkara asas yang perlu di ketahui oleh kanak-kanak. Sepatutnya  saya memberi gambar yang bersaiz kecil untuk memudahkan kanak-kanak mewarna dan dapat menyiapkan mengikut waktu yang ditetapkan.
Di samping itu juga perlu di pamerkan contoh gambar yang telah di warnakan dengan teknik mewarna yang betul,
   
Dari pihak kanak-kanak
                Ada di antara kanak-kanak yang masih tidak mengenali warna. Terutama kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan mereka belum menguasai sepenuhnya kemahiran koordinasi mata tangan. Apabila di beri penerangan mengenai cara-cara mewarna, ada di antara kanak-kanak ini tidak ambil peduli apa yang di perkatakan. Apabila mewarna, mereka akan mewarna dengan sesuka hati, banyak berbual dan menyebabkan hasil kerjanya tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki.
3. Alternatif untuk penyelesaian atau penambahbaikkan
          Untuk mengatasi masalah ini kaedah yang digunakan ialah dengan memberi bimbingan secara individu. Kanak-kanak sentiasa di beri bimbingan tentang memilih warna, supaya sesuai dengan gambar yang akan diwarnakan. Guru mengajar teknik mewarna yang betul supaya kanak-kanak lebih mahir. Perbincangan dengan ibu bapa juga di adakan supaya mereka boleh memantau ketika anak-anak mewarnakan gambar ketika di rumah.
 4. Perihal kejayaan
         Pelbagai usaha  dilakukan  supaya kanak-kanak boleh mewarna gambar mengikut ciri-ciri yang dikehendaki. Bagi kanak-kanak yang sudah menguasai kemahiran mewarna, guru cuba mengajar mereka supaya melukis gambar-gambar  pada lukisan asal untuk memberi kelainan dan meningkatkan daya kreativiti mereka. Potensi diri dan bakat kanak-kanak akan dapat dicungkil dengan memberi pendedahan yang sedemikian.
5. Tindakan susulan
        Tindakan susulan yang akan dilakukan ialah dengan memberi latihan mewarna yang lebih di mana guru sentiasa memberi bimbingan. Guru menjangkakan dalam masa 3 minggu kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran mewarna akan dapat mewarna gambar dengan betul iaitu memenuhi ruang, searah dan tidak keluar dari garisan.

HARI TERBUKA GABUNGAN TABIKA KEMAS ZON GEMEREH 2011

Hari Terbuka Gabungan Tabika Kemas Zon Gemereh (Tbk Bomba, Tbk Kg Berata, Tbk Kg Gudang Garam, Tbk Gemereh & Tbk Firdaus) pada 8 Julai 2011...Jumaat, jam 9.30 pg hingga 11.00 pg.
Ibu/Bapa/Penjaga hadir mengambil rekod penilaian murid bg penggal 1 dan berbincang dengan guru mengenai pembelajaran anak-anak....Terima Kasih diucapkan kepada ibu/bapa/penjaga yang dapat meluangkan masa hadir pada hari tersebut.....

Hari Terbuka diadakan di Tabika Kemas Kg Berata, Segamat.
                                            
                        Gambar-gambar  ketika Hari Terbuka bersama ibu/bapa/penjaga murid.....






Kenangan bersama rakan-rakan dan Penyelia Prasekolah

Saturday, 2 July 2011

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA ANJURAN TM





Pertandingan mewarna diadakan pada 2/7/2011...Sabtu, jam 10.00 pg bertempat di Dewan Jubli Intan, Segamat....seramai 5 orang murid daripada Tbk Kg Gudang Garam menyertainya......

Thursday, 30 June 2011

JURNAL : Minggu 2


Penulisan Jurnal
Praktikum Minggu: 2
Tarikh : 27/6/2011 hingga 1/7/2011

1. Isu dan permasalahan
          Isu yang ingin saya ketengahkan pada minggu ini ialah isu disiplin kanak-kanak prasekolah. Sememangnya tidak logik untuk memperkatakan soal disiplin kanak-kanak seawal usia 4,5 dan 6 tahun, tetapi ini adalah menjadi masalah yang besar jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya.  Disiplin membawa definisi sebagai kepatuhan (kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan), kesetiaan atau ketaatan atau dengan kata lain disiplin bermaksud tatatertib.
         Disiplin mesti dibentuk seawal usia lagi supaya seorang individu itu mempunyai garis panduan kepada setiap apa yang hendak dilakukan. Disiplin kanak-kanak adalah bermula dari didikan ibu bapa di rumah lagi. Seterusnya disambung oleh guru di setiap peringkat persekolahan. 

2.  Punca dan sebab-sebab
Dari pihak ibu bapa
        Ada segelintir ibu bapa yang sangat memanjakan anak mereka dari awal lagi. Apa sahaja yang anak ingin lakukan tidak dihalang dan menuruti sahaja kehendak mereka. Ini menyebabkan anak-anak mereka merasakan apa sahaja yang mereka lakukan adalah benar belaka.
       Ibu bapa yang sibuk dengan urusan kerja dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka.

Dari pihak guru
        Di sekolah guru pula memainkan peranan penting bagi mendidik disiplin kanak-kanak. Pada hari pertama persekolahan lagi, guru boleh menanam disiplin pada kanak-kanak, contoh cara menyusun kasut, beratur ketika merngambil makanan dan lain-lain.
        Guru lambat bertindak, iaitu merujuk kepada peraturan-peraturan sekolah. Perkara yang amat penting ialah menerangkan disiplin di sekolah pada sesi persekolahan yang baru bermula.
        Guru tidak tegas, seorang guru harus menunjukkan ketegasan pada kanak-kanak tetapi haruslah bersikap penyayang.
Dari pihak murid
        Kanak-kanak itu sendiri tidak tahu apa itu disiplin. Kanak-kanak tersebut terlalu agresif dan tiada penumpuan.

3. Alternatif untuk penyelesaian atau penambahbaikan
        Penyelesaian terhadap masalah disiplin kanak-kanak tabika yang saya cuba untuk laksanakan haruslah bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
       Beri nasihat. Saya akan memberi nasihat kepada kanak-kanak yang suka membelakangkan disiplin. Nyatakan kepada mereka mengapa tidak boleh buat itu dan apa sebabnya. Apa yang sepatutnya di lakukan.
       Beri hukuman. Atau dendaan pada kanak-kanak yang suka melanggar disiplin. Tetapi mesti bersebab.
       Pengasingan. Denda mereka berdiri pada satu sudut dan nyatakan mengapa mereka dikenakan pengasingan.


4. Perihal kejayaan
        Kanak-kanak pada usia ini, kadang-kadang bertindak di luar kawalan. Oleh itu sebarang tindakan haruslah disertakan dengan punca dan sebab mengapa ianya dilaksanakan.

5. Tindakan susulan
        Saya akan cuba menerapkan disiplin yang baik kepada anak-anak didik saya. Nyatakan kepada mereka bahawa disiplin mampu membentuk mereka menjadi pelajar yang cemerlang, ada keyakinan diri dan dipandang baik oleh semua orang.


Thursday, 23 June 2011

Bengkel Dwi Mingguan Bersama Penyelia Prasekolah 22/6/2011

                      Bengkel membincangkan Hari Potensi Kanak-Kanak Kemas Parlimen Segamat
Tekun mendengar penerangan mengenai acara hari potensi.
                              Antara acaranya ialah: futsal, bola jaring, silat, rounders,
                             galah panjang dan gerakrama......emmm, mana satu nak pilih ni???????

Tuesday, 21 June 2011

Praktikum Fasa 2


Penyataan Profesional
Assalamualaikum wbt.

           Pada 20/6/2011 hingga 26/9/2011 bermulalah praktikal Fasa Kedua Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) bagi KDC Prasekolah Kemas Ambilan Mei 2008, selama 14 minggu. Saya akan menjalani praktikal tersebut di Tabika Kemas Kg Gudang Garam, Segamat.
          Selama praktikal ini saya akan dinilai oleh Pensyarah Bimbingan dan Penyelia Kemas. Pemantauan dan bimbingan oleh Pensyarah dan Penyelia Kemas diharap akan dapat membaiki kelemahan-kelemahan saya dan dapat melakukan yang terbaik untuk anak didik saya kelak.
         Walaupun tugas hakiki saya sebagai Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS amat banyak, saya akan cuba sedaya upaya menjalani tempoh praktikal ini dengan sebaik mungkin.
         Kanak-kanak di kelas saya berumur di antara 4, 5, dan 6 tahun. Saya berharap selama tempoh praktikal ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan memberi kesan yang optima kepada kanak-kanak.
         Untuk praktikum ini,saya berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dan mengharapkan agar saya dapat membuat yang terbaik dan memberikan kepuasan kepada semua pihak terutama kepada pensyarah pembimbing saya.

       Saya juga amat bersyukur kerana dengan adanya praktikum ini,ia dapat memberi saya pengalaman dan pengetahuan  yang lebih dalam cara menangani masalah kanak-kanak semasa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

Di sini saya perlu membahagikan masa yang mencukupi untuk membuat perancangan yang rapi bagi mendapatkan hasil yang terbaik di dalam praktikum ini. Antara perkara-perkara yang perlu saya capai adalah :

1.    Menghasilkan alat bantu mengajar yang menarik
2.    Menghasilkan portfolio dan merancang strategi pengajaran dan pengajaran yang berkesan
3.    Menambahkan keceriaan kelas dan menjadikan suasana yang kondusif
4.    Mengenalpasti masalah kanak-kanak yang bermasalah dengan lebih dekat lagi
5.    Menjadikan diri saya sebagai seorang guru yang lebih bertanggungjawab dan menepati masa
6.    Mengadakan pengajaran yang berpusatkan kepada murid dengan menggunakan kaedah berkumpulan
7.    Menggunakan komunikasi dua hala diantara murid bagi mewujudkan suasana pengajaran yang berkesan
8.    Membuat perubahan dari masa ke semasa mengikut tahap dan kebolehan murid


Apa yang penting,saya perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.Saya berdoa agar Allah memberikan kesihatan yang baik sepanjang saya menjalani praktikum ini.Saya berharap agar apa yang saya lakukan ini dapat memberikan hasil yang cemerlang.Disamping itu,saya juga ingin memohon akan tunjuk ajar dari pensyarah pembimbing kerana beliau lebih arif dan berpengalaman dalam bidang ini.Untuk berjaya,saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik.



Sejarah Tabika


SEJARAH TABIKA KEMAS
KG GUDANG GARAM, SEGAMAT, JOHOR.

           Tabika Kemas Kg Gudang Garam adalah sebuah Tabika Prasekolah di bawah Jabatan kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
        Tabika KEMAS Kg Gudang Garam ini terletak di dalam Parlimen Segamat di terajui oleh Pegawai Kemas Daerah, Puan Noor Aniza Bte Sarijan. Memandangkan ianya terletak di dalam Dun Jementah, ianya di bawah pengawasan Penyelia Kanan Kawasan Segamat iaitu Puan Hajah Puspa Hairani Bte Hj Hassan dan di bantu oleh Penyelia Prasekolah, Puan Norpawazi Bte Samsuri.
       Tabika ini terletak di Kampung Gudang Garam, anggaran 4 kilometer dari Bandar Segamat. Kelas tabika ini menumpang di bangunan Balai Raya sejak tahun 2000 hingga sekarang. Sebelum ini kelas tabika menumpang di bangunan Balai Wanita berhampiran masjid Kg Gudang Garam selama 6 tahun.
       Saya telah mengajar di Tabika Kemas Kg Gudang Garam, selama 17 tahun. Keseluruhannya adalah kanak-kanak melayu dan kebanyakannya adalah anak-anak penduduk di sini. Tabika ini sentiasa mendapat perhatian dan tunjukajar daripada Penyelia Kemas dan rakan sejawat dari masa ke semasa, selain dari itu Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa tabika banyak memberi sumbangan berbentuk material dan buah fikiran bagi kemajuan anak-anak mereka. Saya amat berharap kerjasama sebegini akan berterusan buat selamanya.
      Adalah menjadi harapan saya, agar kanak-kanak Tabika yang saya didik, mampu menjadi  pelajar yang berdaya saing, mempunyai ketahanan diri dan mengamalkan nilai-nilai murni serta menjadi pewaris yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa akan datang.



Sunday, 12 June 2011

Friday, 10 June 2011

Kemas


Misi
  1. Meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya mampu berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi;

     
  2. Memperkukuhkan organisasi dan masyarakat desa dengan niali-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang;

     
  3. Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti;

     
  4. Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang berkualiti;

     
  5. Memberi kefahaman dan manjayakan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan; dan

 
  1. Mewujudkan masyarakat berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.

Objektif
  1. Menjadikan masyarakat luar bandar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari;
     
  2. Memantapkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta menguasai kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun; dan
     
  3. Memastikan sistem penyampaian yang berkesan.
Peranan
  1. Mengubah sikap dan menyemai perasaan di kalangan masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju dan berdikari;
     
  2. Memupuk inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik;
     
  3. Melibatkan penyertaan masyarakat secara aktif bagi menjayakan matlamat kerajaan dan negara; dan
     
  4. Mengeratkan hubungan rakyat dan kerajaan di samping mendapat sokongan rakyat terhadap usaha pembangunan negara
Strategi
  1. Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar.
     
  2. Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa.
     
  3. Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun Masyarakat Luar Bandar.
     
  4. Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program pembangunan.

Falsafah Pembangunan Luar Bandar
Falsafah Pembangunan Luar Bandar ialah peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui program-program dan usaha menjadikan kawasan luar bandar satu kawasan yang produktif, menarik, maju dan menguntungkan.
      Ianya harus seimbang dengan pembangunan insan yang dinamis, meningkatkan      pengetahuan dan kemahiran di kalangan kumpulan sasar untuk menggunakan faktor masa, sumber alam dan pengetahuan ke tahap optima.
Dengan demikian, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarga sentiasa cemerlang dan dalam keredhaan Tuhan. Dari dimensi ini falsafah pembangunan luar bandar akan memberi fokus kepada pembangunan manusia oleh manusia. Instrumen pembangunan manusia adalah pendidikan seumur hidup.


Teras Falsafah
Berasaskan pembangunan manusia itu sendiri, kerana manusia akan dapat menggunakan faktor masa dan sumber ke tahap paling optima supaya kadar pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarganya sentiasa dalam tahap kecemerlangan.