Tuesday, 21 June 2011

Praktikum Fasa 2


Penyataan Profesional
Assalamualaikum wbt.

           Pada 20/6/2011 hingga 26/9/2011 bermulalah praktikal Fasa Kedua Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) bagi KDC Prasekolah Kemas Ambilan Mei 2008, selama 14 minggu. Saya akan menjalani praktikal tersebut di Tabika Kemas Kg Gudang Garam, Segamat.
          Selama praktikal ini saya akan dinilai oleh Pensyarah Bimbingan dan Penyelia Kemas. Pemantauan dan bimbingan oleh Pensyarah dan Penyelia Kemas diharap akan dapat membaiki kelemahan-kelemahan saya dan dapat melakukan yang terbaik untuk anak didik saya kelak.
         Walaupun tugas hakiki saya sebagai Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS amat banyak, saya akan cuba sedaya upaya menjalani tempoh praktikal ini dengan sebaik mungkin.
         Kanak-kanak di kelas saya berumur di antara 4, 5, dan 6 tahun. Saya berharap selama tempoh praktikal ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan memberi kesan yang optima kepada kanak-kanak.
         Untuk praktikum ini,saya berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dan mengharapkan agar saya dapat membuat yang terbaik dan memberikan kepuasan kepada semua pihak terutama kepada pensyarah pembimbing saya.

       Saya juga amat bersyukur kerana dengan adanya praktikum ini,ia dapat memberi saya pengalaman dan pengetahuan  yang lebih dalam cara menangani masalah kanak-kanak semasa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

Di sini saya perlu membahagikan masa yang mencukupi untuk membuat perancangan yang rapi bagi mendapatkan hasil yang terbaik di dalam praktikum ini. Antara perkara-perkara yang perlu saya capai adalah :

1.    Menghasilkan alat bantu mengajar yang menarik
2.    Menghasilkan portfolio dan merancang strategi pengajaran dan pengajaran yang berkesan
3.    Menambahkan keceriaan kelas dan menjadikan suasana yang kondusif
4.    Mengenalpasti masalah kanak-kanak yang bermasalah dengan lebih dekat lagi
5.    Menjadikan diri saya sebagai seorang guru yang lebih bertanggungjawab dan menepati masa
6.    Mengadakan pengajaran yang berpusatkan kepada murid dengan menggunakan kaedah berkumpulan
7.    Menggunakan komunikasi dua hala diantara murid bagi mewujudkan suasana pengajaran yang berkesan
8.    Membuat perubahan dari masa ke semasa mengikut tahap dan kebolehan murid


Apa yang penting,saya perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.Saya berdoa agar Allah memberikan kesihatan yang baik sepanjang saya menjalani praktikum ini.Saya berharap agar apa yang saya lakukan ini dapat memberikan hasil yang cemerlang.Disamping itu,saya juga ingin memohon akan tunjuk ajar dari pensyarah pembimbing kerana beliau lebih arif dan berpengalaman dalam bidang ini.Untuk berjaya,saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik.



No comments:

Post a Comment